Informasi MBA

Senarai Anak Kariah

Hit Paparan Kandungan : 1266334
Latar Belakang MBA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 22 Januari 2010 00:00

Seawal tahun 2000 lagi Ahli Jawantankuasa Madrasah Ad-diniah Bukit Antarabangsa telah menyedari hakikat bahawa kemudah-kemudahan asal, seperti masjid, tanah perkuburan,dewan serbaguna, sekolah dan sebagainya,bagi kegunaan penduduk Bukit Antrabangsa tidak wujud.

Justeru itu , Ajk Madrasah Ad-dinniah telah menubuhkan satu Jawantankuasa penaja untuk meneliti perkara ini yang dianggap Fardhu Kifayah. Lanjutan dari itu, AJK penaja telah memilih masjid sebagai institusi yang amat penting diberi keutamaan untuk dibangunkan.

Sekeping tanah di Taman Bukit Utama Seluas 2.8 ekar, yang ada ketika itu digadai kepada pihak bank bersama-sama projek perumahan Taman Bukit Utama, telah dikenal pasti. Dengan usaha AJK Penaja, tanah tesebut telah dapat dibebaskan dari gadaian pada awal tahun 2001.Seterusnya, permohonan untuk mewartakan tanah di kawasan Taman Bukit Utama itu sebagai tapak Masjid telah diluluskan oleh Pihak Perumahan Negeri Selangor pada 25 jun 2002.

Semenjak dari tarikh itu, AJK penaja kerap mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan pihak-pihak yang berkenaan, seperti pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai JAIS, JKR Selangor, Pejabat Tanah Gombak, Y.B ADUN kawasan Bukit Antarabangsa. Seterusnya AJK penaja telah membuat tindakan sususalan secara ringkasnya seperti berikut :

  1. Pada 26 Jun 2001, AJK Penaja dan Jabatan Agama Islam Selangor mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak untuk mewartakan tanah masjid. Pada 21 Ogos 2002,syrat kelulusan berkenaan dengannya diterima dari Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.
  2. Dalam bulan November 2001, kerja-kerja ukur sempadan dan kerja-kerja penyuasat tanah(soil investigation) telah dijalankan oleh jururunding-jururundig yang dilantik oleh AJK penaja.
  3. Pada 30 Januari 2003 Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan AJK penaja sebagai AJK pembinaan Masjid Al-Hidayah, Bukit Antarabangsa.
  4. Pada 20 Mac 2003 Pihak Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan surat kebenaran mendirikan Masjid Al-Hidayah Bukit Antrabangsa.
  5. Pada 9 April 2003 pihak Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan surat kebenaran mengutip derma untuk membiayai Pembinaan Masjid Al-Hidayah, Bukit Antarabangsa.
  6. Pada 6 Februari 2004 pihak jabatan Agama islam Selangor menulis surat arahan kepada JKR Selangor untuk mebina dan menyiapkan sebuah masjid Bukit Antarabngsa dengan kos tidah melebihi RM5juta dan peruntukan yang diluluskan pada tahun 2004 ialah sebanyak RM500,000,00.
  7. Pada 16 Maca 2005 Jabatan Agama islam Selangor menulis surat kepada Baitulmal (MAIS) mengenai permohonan secara pemberimilikan bagi tapak masjid Bukit Antarabangsa.
  8. Pada 18 April 2005 Jabatan Agama Islam Selangor menulis surat arahan kepada JKR Selangor atas tajuk ‘membina dan menyiapkan masjid Bukit Antarabangsa’ dengan peruntukan yang diluluskan untuk tahun 2005 sebanyak RM 1 juta.
  9. Dalam bulan September 2005 pihak AJK pembinaan diberitahu oleh Pihak AJK Selangor da YB ADUN Kawasan Bukit Antarabangsa ketika itu, Tuan Azman Wahid, bahawa pihak JKR akan mengeluarkan tender untuk pembinaan Masjid Bukit Antarabangsa dalam bulan Oktober 2005.
  10. Pada 5 Disember 2005, Unit Perancang Ekonomi Selangor telah memaklumkan bahawa peruntukan bagi Masjid Bukit Antarabangsa berjumlah RM5.0 juta telah diluluskan.Peruntukan dalam bajet 2006 adalah RM1.0 juta dimana kerja-kerja awalan akan dimulakan pada tahun 2006.
  11. Pada *****, penyerahan tapak dilakukan kepada kontraktor dan projek dijangka siap sebelum akhir tahun 2008.
  12. Pada bulan Januari 2009, Masjid Bukit Antarabangsa diserahkan kepada Jawatankuasa Madrasah Ad-diniah untuk dioperasikan. Solat Jumaat pertama diadakan pada 5 jun 2009.
  13. Pada 27 Julai 2009 JAIS menulis surat memaklumkan bahawa AJK pembinaan ialah Pentadbir Sementara Masjid Bukit Antarabangsa sehingga satu Jawantankuasa Baru diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Oleh itu, jelas sekali AJK penaja dan ramai Anak Kariah yang lain telah bekerja keras dalam memastikan Masjid Bukit Antarabangsa didirikan. Meskipun kini Masjid Bukit Antarabangsa tersergam indah, namun masih terdapat kerja-kerja lain lagi yang perlu disempurnakan.ini termasukalah pembinaan sebuah bangunan di dalam kawasan masjid Bukit Anatrabangsa bertujuan menempatkan Kuarters pegawai masjid dan 10 unit ‘walk-up apartment’ sebagai sewaan kariah/musafir, dan melengkapkan hiasan dalaman dan luaran masjid seperti mihrab,jubin hiasan, hiasan dalaman berteraskan senibina islam,pintu gerbang dan pagar, landskap, kolam dan sebagainya.

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 22 Januari 2010 16:07
 

Waktu

Kalendar MBA

Last month October 2017 Next month
M T W T F S S
week 39 1
week 40 2 3 4 5 6 7 8
week 41 9 10 11 12 13 14 15
week 42 16 17 18 19 20 21 22
week 43 23 24 25 26 27 28 29
week 44 30 31

Waktu Solat

Tutup



Masjid Bukit Antarabangsa, Lot 719, Jalan Bukit Antarabangsa Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan