Informasi MBA

Senarai Anak Kariah

Pautan MBA

Content View Hits : 1216138
Laman Utama Masjid Bukit Antarabangsa (MBA)
Pengurusan Kewangan PDF Print E-mail

Pengurusan kewangan adalah satu aspek penting dan cabaran utama didalam pengurusan masjid.  Pengurusan kewangan yang cekap, telus dan amanah akan memberi keyakinan anak-anak kariah dan masyarakat untuk menyumbang wang bagi menampung perbelanjaan masjid.

Untuk memastikan pengurusan kewangan yang kemas dan teratur, Pengerusi Biro Kewangan, Bendahari dan AJK Biro Kewangan mestilah mempunyai pengetahuan didalam pengendalian akaun masjid.  Kelayakan akademik atau pengalaman didalam pengurusan kewangan sesuatu organisasi adalah ciri-ciri yang patut ada pada ahli-ahli Jawatankuasa Biro Kewangan.

Segala urusan akaun masjid mestilah menjalani proses audit setiap tahun bagi meneliti dan memastikan bahawa segala urusan kewangan telah dilakukan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dan menepati piawaian pengendalian akaun organisasi tanpa untung (non profit organisation).

Memandangkan pengurusan masjid pada zaman ini lebih kompleks, pengauditan hendaklah dijalankan oleh juruaudit yang bertauliah.  Akaun yang telah diaudit hendaklah dipamerkan dipapan kenyataan masjid untuk pertanggungjawapan dan penelitian umum.

Dana Masjid

Dana Masjid setakat ini bergantung kepada sumbangan derma melalui kutipan solat Jumaat, derma individu dan badan-badan korporat.  Hasrat Jawatankuasa Masjid ialah mengusahakan sumber pendapatan yang lebih stabil dan berterusan.

Melalui “Tabung Pembinaan Masjid Bukit Antarabangsa” pihak Jawatankuasa bercadang untuk membina sebuah bangunan didalam kawasan masjid bagi menempatkan kuarters pegawai masjid dan sewaan kariah/musafir sebanyak 10 unit jenis “walk-up apartment” berkeluasan 1,000 kaki persegi setiap satu.  Melalui sewaan dari bangunan ini ia akan menjana sumber kewangan tetap bagi pentadbiran operasi masjid.

Satu lagi usaha untuk menambah Dana Masjid ialah mengusahakan satu stesen pengkalan untuk telefon mudah alih didalam kawasan masjid. Melalui stesen ini, masjid akan memperolehi sumber pendapatan bulanan yang dianggarkan sebanyak RM2,000 sebulan.

Perbelanjaan

Masjid merupakan institusi yang menyediakan khidmat kepada masyarakat.  Pengurusan masjid pada zaman ini lebih kompleks dan memerlukan tumpuan sepenuhnya dari petugas sepenuh masa.

Sukar untuk mendapatkan khidmat sukarelawan yang sedia berkhidmat dimasjid secara tetap tanpa bayaran memandangkan tuntutan dan kos hidup di bandar yang amat tinggi.

Masyarakat harus faham bahawa petugas sepenuh masa masjid harus dibayar gaji mengikut kadar semasa, sesuai dengan kos hidup hari ini.  Untuk mencapai visi masjid dan untuk menarik tenaga kerja professional yang berbakat dan berkelayakan, pakej gaji dan kebajikan mereka haruslah sesuai dengan harga pasaran.

Kos tenaga kerja juga termasuk saguhati untuk para Imam dan Bilal sambilan, pendidik agama dan mereka yang mengendalikan kuliah, syarahan dan program ibadah dan dakwah yang lain.  Perbelanjaan masjid juga termasuk kos bil air, bil eletrik, upah potong rumput dan sebagainya.

Analisa Kutipan dan Perbelanjaan Masjid

Dari mula masjid Bukit Antarabangsa beroperasi iaitu Ogos 2009 hingga ke akhir Mac 2010, masjid mengalami defisit kewangan setiap bulan.

Berdasarkan purata kutipan Jumaat sebanyak RM4,000 sebulan, dan perbelanjaan sebanyak RM10,000 ke RM15,000 sebulan, defisit bulanan ialah antara RM6,000 ke RM11,000 sebulan.

Untuk tahun 2010 ini, beberapa individu telah tampil untuk menampung defisit bulanan dengan sumbangan derma, sumbangan untuk bayaran bil eletrik, bil air, bil telefon dan menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti masjid seperti syarahan agama dan sebagainya.

Untuk tahun-tahun akan datang, cabaran kami ialah mencari dana untuk menampung defisit kewangan akan datang.  Masyarakat dan ahli-ahli kariah Masjid Bukit Antarabangsa digalakkan untuk menyalurkan sumbangan kepada:

Masjid Bukit Antarabangsa

No akaun: 1403-0005773-71-0

Bank Muamalat cawangan Taman Melawati

Sila sms / maklumkan kepada Nazir, Tn. Hj. Zulkifli Ahmad (012-327 5969), Pengerusi Jawatankuasa Biro Kewangan, Tn Hj Fazlur (012-333 9019) atau Tn Hj Abu Shahid, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Biro Kewangan, (019-231 0280) diatas apa-apa sumbangan.

 

Terima kasih.

 

 


Masjid Bukit Antarabangsa, Lot 719, Jalan Bukit Antarabangsa Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan